Kelas STEM-IoT – Christmas Adventure

21 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari dan memahami konsep pembelajaran coding menggunakan tablet.

Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan berunsur pendidikan melalui aplikasi CoSpaces.edu iaitu di bahagian STEM & Coding. Peserta diminta untuk memilih permainan bertajuk Christmas Adventure dimana mereka mengeksplorasi keadaan sekeliling yang bersalji dan dihiasi dengan pokok Krismas, Santa, kereta luncur dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali